INFO PENDAFTARAN HAJI

1. Apakah  syarat-syarat yang ditetapkan oleh Tabung Haji untuk menunaikan haji bersama Yaskin?

Syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti tahun sebelumnya adalah seperti berikut:



i. Menunaikan haji kali buat yang pertama @ tiada kekerapan

  

ii. Sudah menerima suntikan vaksin dos 1 & 2 berserta booster.

   

iii. Wang mencukupi

   

iv. Berdaftar mengikut tahun yang telah ditetapkan

   

v. Membuat rayuan di THiJari



2. Bagaimana cara daftar haji untuk tunai haji bersama yaskin.?

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan selepas naik nama TERPILIH.

  i. Jawab tawaran haji di THiJari

 


 ii- Pastikan wang naik haji mencukupi dalam akaun Tabung Haji jemaah.

  


iii . Pergi Tabung Haji untuk mengambil buku kesihatan dengan membawa surat tawaran.

   


iv. Hadir ke klinik yang berdaftar untuk membuat medical check-up dalam tempoh yang ditetapkan di klinik panel TH.

   


v. Pergi balik ke Tabung Haji untuk menghantar buku kesihatan.

   


vi.  Datang ke pejabat Yaskin untuk mengisi borang pendaftaran haji dan membuat deposit.


3. Sekiranya saya mendaftar dengan Yaskin tahun ini, adakah saya akan dapat pergi haji pada tahun ini juga?

Bergantung pada tahun peruntukan yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji. Namun begitu, para jemaah boleh buat rayuan melalui THiJari. Pihak kami juga akan membuat rayuan melalui sistem Tabung Haji. Kami tidak boleh bagi jaminan 100% kerana kelulusan kuota haji bergantung kepada Tabung Haji.

4. Adakah dibagi keutamaan kepada ahli keluarga yang tidak terpilih?

Bergantung pada tahun peruntukan yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji. Namun begitu, ahli keluarga boleh buat rayuan melalui THiJari dengan memilih sebab mengiringi keluarga. InsyaAllah boleh dibagi keutamaan jika menepati syarat-syarat yang telah tetapkan.

5. Bagaimana cara untuk pergi haji sekiranya saya belum mendaftar haji?

Tuan/puan boleh mendaftar haji dengan segera di Tabung Haji. Walaubagaimanapun tuan/puan tidak boleh pergi haji pada tahun yang sama mendaftar haji kecuali menggunakan visa furada (tertakluk kepada keadaan semasa).


6. Adakah saya boleh pergi sekali bersama suami/isteri @ ahli keluarga yang mendaftar tahun berlainan?


Ya boleh, namun tetap kena buat rayuan dalam Thijari memilih sebab mengiringi keluarga dan ianya juga tertakluk kepada kuota yang Tabung Haji berikan kepada kami.

7. Bolehkah wanita pergi haji tanpa mahram?


Ya. Wanita boleh pergi tanpa mahram dan tertakluk kepada syarat semasa dari Tabung Haji. Jemaah digalakkan untuk membuat kumpulan wanita untuk pergi bersama.

8. Saya bukan warganegara Malaysia tetapi pemegang kad pengenalan merah. Adakah saya boleh mendaftar haji?


Tidak boleh. Semua pemegang kad pengenalan merah atau bukan warganegara Malaysia tidak boleh mendaftar haji atau membuka akaun simpanan Tabung Haji.

9. Slip pendaftaran haji saya telah hilang. Adakah saya boleh membuat semakan dan mencetak semula slip pendaftaran haji saya?

Ya. Semakan dan cetakan semula slip pendaftaran boleh dibuat melalui THiJARI.

10. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak samada telah terpilih untuk menunaikan haji ataupun tidak?

Bakal haji yang terpilih menunaikan haji, mereka akan diberitahu melalui SMS, EMEL atau POS. Bakal haji juga boleh menyemak dan menjawab tawaran melalui website THiJARI.

11. Berapakah tempoh tahun dari mula mendaftar haji yang diperlukan untuk kami menunaikan haji melalui PJH?

Sekurang-kurangnya 3-5 tahun berdaftar dengan Tabung Haji.

12. Bolehkah bakal haji mendaftar dengan 2 syarikat PJH dalam masa yang sama?

 

Tidak boleh. Bakal haji hanya boleh mendaftar dengan 1 PJH sahaja. Jika bakal haji ingin mendaftar dengan PJH yang lain, bakal haji perlu membatalkan pendaftaran dengan PJH sebelumnya terlebih dahulu.

13. Bagaimanakah dengan pendaftaran jemaah yang berada dalam kategori ‘uzur’?


 

 

Boleh, tertakluk kepada KELULUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN status kesihatan semasa yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Bakal haji dalam kategori uzur wajib ada pengiring yang sama jantina.

14. Adakah pilihan pakej breakfast only sepertimana pilihan pakej umrah?

 

 

Tidak. Pakej haji semuanya fullboard. Dalam tempoh masyair, semua makanan adalah bungkus.

15. Sekiranya saya sudah memilih pakej A (bilik berempat), lalu saya ingin menukar kepada pakej B (bilik berdua), adakah ianya dibolehkan?

Boleh tertakluk kepada keadaan semasa (jika ada kekosongan) dan harus mengikut harga pakej yang terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *