INFO BAYARAN HAJI

1. Berapakah subsidi bagi kami yang pertama kali mengerjakan haji?

Tiada subsidi bagi bakal haji yang memilih untuk menunaikan haji dengan PJH. Subsidi hanya diberi kepada mereka yang pergi dengan Tabung Haji bergantung kepada kategori yang ditetapkan (B40,M40,T20).



2. Bagaimana cara pembayaran pakej boleh dibuat?

Pembayaran mesti di transfer / CDM terus ke akaun Maybank Syarikat Pelancungan Yaskin. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah membuat pembayaran kepada pihak ketiga.



3. Berapa harga yang perlu dibayar kepada Yaskin?

Harga pakej selepas ditolak dengan bayaran haji tahun semasa. Dimana bayaran haji tersebut akan didebitkan terus dari akaun Tabung Haji jemaah.


4. Adakah bayaran hotel transit di Aziziah / Syisya dah termasuk dalam harga pakej?

Ya, harga hotel di aziziah/syiya mengikut pakej seperti flyers. Penginapan secara berkelompok 5 orang sebilik, bayaran tambahan bagi bilik berdua akan dikenakan di syisya.

5. Adakah Yaskin mengambil deposit untuk jemaah yang buat rayuan?

Untuk jemaah rayuan tidak dikenakan bayaran deposit.

6. Adakah harga pakej termasuk dengan penerbangan domestik?

Tidak. Untuk penerbangan domestik perlu buat bayaran tambahan lain.


7. Bilakah tarikh pembayaran P1 perlu dilakukan?

RM5K : semasa pendaftaran

RM15k : bayaran kedua pada 15 Jan 2024

Full payment : pada 1 Mac 2024


8. Jika saya batalkan untuk pergi Haji, adakah akan dapat pulangan semula duit bayaran yang telah dibuat?

Jika jemaah membuat pembatalan setelah menjawab tawaran, jemaah harus menanggung kos pengurusan yang telah dibuat tidak dapat dipulangkan kembali kecuali dengan alasan yang kukuh seperti kematian, masalah kesihatan yang kritikal yang disahkan oleh pihak perubatan.


9. Berkenaan insurans, adakah sudah termasuk dalam pakej ataupun kami perlu uruskan sendiri?

Ya dibawah Tabung Haji iaitu Takaful Berkelompok. Namun jemaah digalakkan untuk mengambil insurans individu untuk perlindungan yang lebih banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *