INFO PERJALANAN HAJI
1. Bilakah tarikh penerbangan haji bersama Yaskin?
Tarikh penerbangan ditentukan oleh pihak Tabung Haji.
Kebiasaan tarikh yang diberikan adalah bermula 1 Zulkaedah - 2 Zulhijjah untuk tempoh 30-45 hari dengan penerbangan charter.
2. Bolehkan jemaah memilih tarikh penerbangan haji?
Bagi penerbangan charter tidak dibolehkan kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya jemaah ingin membuat pilihan tarikh, mereka boleh memilih penerbangan commercial dengan bayaran tambahan tanpa pengiring dari pihak syarikat.
3. Berapakan bilangan hari mengerjakan haji?
Bilangan hari adalah dalam tempoh 30-45 hari tertakluk kepada Tabung Haji kerana kuasa terhadap tempoh pelaksanaan ibadah haji semuanya terletak pada Tabung Haji.
4. Bolehkah saya membuat semakan jadual penerbangan haji secara online?
Ya. Bakal haji yang terpilih boleh membuat semakan dan cetakan Surat Jadual Penerbangan secara online melalui THiJARI.
5. Bagi Jemaah yang naik terpilih melalui kuota tambahan, kebiasaannya berapa hari sebelum wukuf di Arafah kami akan bertolak ke Mekah?
Semua tertakluk kepada Tabung Haji. Jemaah harus mengikuti syarat-syarat Tabung Haji sebelum menjawab tawaran.
6. Adakah pakej termasuk penerbangan domestik.?
Tidak, tetapi jemaah akan ditawar perkhidmatan penerbangan domestik dan hotel transit semasa pendaftaran nanti dengan bayaran tambahan.
7. Bagaimana cara untuk melapor diri bagi perlepasan haji.?
7. Bagaimana cara untuk melapor diri bagi perlepasan haji.?
Jemaah perlu melapor diri di Movenpick 1 jam awal sebelum waktu melapor diri yang ditetapkan tabung haji di dalam surat penerbangan iaitu 6 jam sebelum penerbangan . Lapor diri di kaunter yaskin terlebih dahulu dan akan diberitahu oleh staf yaskin bila kaunter lapor diri tabung haji dibuka.
8. Bilakah akan tahu tarikh penerbangan saya?
8. Bilakah akan tahu tarikh penerbangan saya?
Tarikh penerbangan kebiasaannya akan dimaklumkan oleh pihak tabung haji sama ada melalui mesej , surat dan update di TH jari.
9. Adakah saya boleh memilih untuk masuk ke Mekah atau Madinah dahulu?
9. Adakah saya boleh memilih untuk masuk ke Mekah atau Madinah dahulu?
Tidak boleh. Penerbangan adalah ditentukan oleh pihak Tabung haji kepada PJH, jadi jemaah tidak boleh memilih untuk masuk mekah atau madinah dahulu . Sekiranya penerbangan sebelum 15 Zulqaedah maka masuk ke Madinah dahulu dan sekiranya penerbangan selepas 15 Zulqaedah maka masuk ke Mekah dahulu.
10. Adakah saya boleh memilih untuk masuk ke Mekah atau Madinah dahulu?

11. Bagaimana perjalanan syarikat Yaskin jika penerbangan masuk Mekah dahulu?
11. Bagaimana perjalanan syarikat Yaskin jika penerbangan masuk Mekah dahulu?
Penerbangan selepas 1 Zulhijjah, jemaah akan terus duduk Hotel di Syisyah sehingga 15 Zulhijjah dan selepas itu ditempatkan di Hotel Mekah mengikut pilihan pakej masing-masing. Sekiranya yaskin dapat tarikh penerbangan sebelum 1 zulhijjah maka jemaah akan duduk di hotel transit mekah dahulu sehingga 1 zulhijjah.
12. Bagaimana perjalanan syarikat Yaskin jika penerbangan masuk Madinah dahulu?
12. Bagaimana perjalanan syarikat Yaskin jika penerbangan masuk Madinah dahulu?
Penerbangan sebelum 15 Zulqaedah akan memasuki hotel madinah dahulu. Jika menuju ke Mekah sebelum 1 Zulhijjah, jemaah akan ditempatkan di hotel transit mekah dahulu sehingga 1 zulhijjah kemudian menuju ke penginapan di hotel Syisyah sehingga 15 Zulhijjah. Selepas 15 Zulhijjah jemaah ditempatkan di Hotel Mekah mengikut pilihan pakej masing-masing.
13. Bilakah kita akan menuju ke Mina ?
13. Bilakah kita akan menuju ke Mina ?